NADI MAHIR Masak sesi 1 – SLS : Rasa Warisan Nyonya Asli Bersama Chef Florence Tan
15 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 14 Jun 2025, telah berlangsung kelas NADI MAHIR Masak sesi 1 – SLS : Rasa Warisan Nyonya Asli Bersama Chef Florence Tan. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 12:00 tengah hari sehingga pukul 02:00 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, guru MAHIR dan Chef Florence Tan menerangkan menu yang akan dimasak pada hari ini iaitu ikan steam beraroma dan keledek goreng berinti. Seterusnya, guru MAHIR dan Chef Florence Tan menunjukkan bahan-bahan yang diperlukan untuk kedua-dua masakan. Selain itu, guru MAHIR dan Chef Florence Tan memberitahu masa yang diperlukan untuk mengukus ikan iaitu selama 20 minit. Akhir sekali, guru MAHIR dan Chef Florence Tan mengajar cara menguli keledek menggunakan hujung jari sahaja.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan memasak masakan nyonya para peserta. Antara lain, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik di antara staf, guru MAHIR dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: